Sejarah ringkas 1K1P
Program 1 Kampung 1 Produk (1K1P) telah dibangunkan pada sekitar tahun 1993 dengan wujudnya beberapa pilot projek perekonomian di daerah-daerah di seluruh negara. Program 1K1P adalah satu usaha Kementerian ini dalam menggiatkan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung untuk bergerak aktif membantu masyarakat ke arah meningkatkan kesejahteraan dan sosio-ekonomi menerusi aktiviti-aktiviti perekonomian yang melibatkan masyarakat setempat.
Sehingga kini sebanyak 81 buah kampung dari keempat-empat daerah telah berjaya mewujudkan produk 1K1P masing-masing. Setakat ini produk 1k1P dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu:
- Kategori Makan dan Minuman,
- Kategori Kraftangan dan Pembuatan
- Kategori Pertanian, Penternakan dan Pertanian,
- Kategori Perkhidmatan dan Eko-Pelancongan.
Sejumlah 207 produk dari empat kategori produk tersebut telah didaftarkan dibawah inisiatif 1K1P dan jumlah ini dijangka meningkat dari tahun ke tahun.